Terms & Condition

TERMA DAN SYARAT

Selamat datang ke laman web Aynen Global. Terma dan syarat yang dinyatakan dibawah digunapakai kepada semua pengunjung dan pelanggan Aynen Global.
Anda terikat dengan terma dan syarat ini selagi anda berada di website ini.

Umum

Segala kandungan terma dan syarat boleh diubah, dipindahkan atau dipadam pada bila bila masa. Pihak Aynen Global berhak untuk menukar kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Sekiranya berlaku pelanggaran peraturan terma dan syarat ini, Aynen Global akan mengambil tindakan segera.

Kandungan & Hak Cipta

Semua bahan termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, klip video dan bahan bertulis yang muncul di laman web ini merupakan hak cipta, hak dagangan dan harta intelek yang dimiliki, dikawal dan dilesenkan oleh Aynen Global.

Komen dan Maklum Balas

Semua komen dan maklum balas kepada aynenglobal.com akan kekal sebagai hak milik Aynen Global.

Pengguna akan bersetuju bahawa tidak akan ada ulasan yang dikemukakan kepada aynenglobal.com yang akan melanggar mana mana hak pihak ketiga termasuk hak cipta, cap dagangan dan privasi hak peribadi.

Tambahan pula, pengguna hendaklah bersetuju bahawa tidak akan ada bahan kandungan yang menyalahi undang-undang, kata kata kesat atau lucah yang dihantar ke laman web ini.

Pengguna perlu bertanggungjawab bagi sebarang kandungan ulasan yang telah dibuat.

Informasi produk

Kami tidak dapat menjamin bahawa semua produk akan sama seperti yang ditunjukkan di dalam laman web. Bergantung kepada pencahayaan dan juga resolusi skrin pengguna.

Pautan ke laman web lain

Sebarang pautan akses ke laman web pihak ketiga merupakan risiko pengguna sendiri.

aynenglobal.com tidak akan berkait atau tidak terlibat dengan mana mana laman web jika kandungan atau produk pengguna rosak atau hilang yang mempunyai kaitan dengan laman web pihak ketiga.

Informasi Tidak Tepat

Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat di aynenglobal.com yang ralat berkaitan dengan penerangan produk, harga dan kandungan.

Kami berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan, menukar atau mengemaskini maklumat tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan.

Penamatan

Pelanggan boleh menamatkan perjanjian ini pada bila bila masa dan aynenglobal.com juga boleh berbuat demikian tanpa sebarang notis dan akan menafikan akses pelanggan yang tidak dapat mematuhi terma dan syarat di atas.

 

Shopping Cart